JAWATAN KOSONG TERKINI USIM TARIKH TUTUP 16 SEPTEMBER 2015


Kerja Kosong Terkini USIM Tarikh Tutup 16 September 2015Iklan Kerjaya Terkini datang dari Univeristy Islam Malaysia yang merupakan University Awamdi Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk  integrasi ilmu Naqli dan Aqli. USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi  keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga.  Pendekatan yang ditampilkan oleh  USIM,  merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli).

Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman   yang komprehensif serta   menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.
Model pendidikan di USIM adalah berlandaskan kepada beberapa prinsip asas yang mengintegrasikan Sains Islam dengan Sains Sosial dan Fizikal yang bukan sahaja memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai cabaran  global semasa, malah menawarkan kaedah baharu dalam mendekati dan menyelesaikannya. Nilai universal terdapat dalam nilai-nilai Islam dan sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai-nilai ini boleh dikongsi oleh manusia sejagat; hidup bersama secara harmoni dengan saling menghormati dan bersikap toleransi sesama manusia. Ini juga merupakan usaha ke arah mengembalikan semula nilai-nilai ilmu saintifik dan teknologi oleh sarjana Muslim dahulu dan terus memacunya ke hadapan.
Nilai-nilai ini telah diterapkan kepada para graduan USIM sehingga mereka menjadi profesional dan pakar rujuk dalam bidang masing-masing.  Mereka juga turut bersedia untuk menyumbang dan membuat perubahan kepada masyarakat sejagat.
USIM bertekad cemerlang dalam tiga landasan melalui program akademik dan penyelidikan. Antaranya ialah:
  • Pengajian Islam, Quran dan Sunnah
  • Sains Islam, Teknologi dan Kejuruteraan
  • Kesusasteraan Islam, Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ketiga-tiga landasan ini akan disokong oleh enam Pusat Kecemerlangan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan persekitaran penyelidikan.

SEJARAH USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.
Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.
Hasrat penubuhan ini adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang  berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Ia juga bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin merosot.
Penubuhan KUIM juga memberi peluang kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian untuk mendalami ilmu agama tanpa perlu ke Asia Barat. Langkah ini akan mengurangkan beban kerajaan dalam menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kerajaan berhasrat untuk mempunyai pusat kecemerlangan untuk melahirkan ulama intelektual Islam.
"Jika negara Islam lain tidak mampu, Malaysia akan mengambil alih daripada mereka untuk mewujudkan pusat kecemerlangan Islam bagi memperlihatkan agama Islam bukanlah mundur atau kolot, sebaliknya progresif" ~Mohd Najib Tun Abdul Razak~
Pada 13 Jun 1997 kabinet telah bersetuju dengan penubuhan KUIM yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya dan diwartakan tahun berikutnya iaitu pada 12 Mac 1998. Antara tokoh yang mencetuskan idea dalam penubuhan KUIM adalah Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Kemudian idea ini dilaksanakan oleh Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof. Madya Dr. Abdullah Mohamed Zin, pensyarah UKM dengan khidmat nasihat Exco Terengganu, Datuk Dr. Mohd Yusof Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman. Pelaksanaan operasi ini turut dibantu oleh Tuan Haji Addenan Abd Rahman sebagai Pendaftar dan Puan Hajah Rohani Abu sebagai Bendahari.
Pada awalnya KUIM dijangka beroperasi pada Mei 1998 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Selangor, apabila UIA berpindah ke kampus tetapnya di Gombak. Disebabkan kemelesatan ekonomi pada tahun itu, operasi KUIM terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya.
KUIM memulakan operasi awalnya di tingkat 5, Fakulti Pengajian Islam UKM dan pada bulan Januari tahun 2000. Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai di antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan KUIM dan Institut Profesional Baitulmal (IPB). MoU itu ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman yang mewakili MAIWP, Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin mewakili KUIM manakala IPB diwakili pengerusinya Tan Sri Hanafiah Ahmad.
KUIM kemudiannya berpindah ke IPB di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk pengambilan pelajar pertama sesi 2000/2001 seramai 255 orang. Pada peringkat awal, KUIM menawarkan tiga bidang pengajian iaitu Pengajian Syariah dan Kehakiman, Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan Pengajian Dakwah dan Pengurusan Islam di tiga fakulti; Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam.

JAWATAN KOSONG TERKINI USIM TARIKH TUTUP 16 SEPTEMBER 2015

PERMOHONAN JAWATAN PENTADBIRAN TELAH DIBUKA BERMULA 3 SEPTEMBER 2015 HINGGA 16 SEPTEMBER 2015. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIA DAN BUKAN WARGANEGARA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT MEMOHON JAWATAN YANG SEDANG DITAWARKAN :
Bil
Skim Perkhidmatan
Gred Skim
Taraf Jawatan
Penempatan
Fungsi Tugas
1Penolong Juruukur BahanJA29KontrakKampus Tetap di Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan di peringkat pra-kontrak serta pos kontrak seperti menyediakan anggaran kos awalan, melaksanakan pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan senarai kuantiti, menyediakan dan menguruskan proses penjualan dokumen tender dan sebut harga, menyediakan dokumen kontrak, melaksanakan penilaian kemajuan kerja di tapak, menyedia perakuan bayaran interim, menyelaras dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan perubahan kerja dan pengiraan semula kuantiti sementara, menyediakan perakuan akaun dan bayaran muktamad, menyediakan perakuan-perakuan yang berkaitan dengan pentadbiran kontrak serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
2Jururawat PergigianU29TetapKampus Tetap di Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan dan pencegahan. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.
3Pembantu KemahiranH17KontrakKampus Tetap di Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di kampus iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji pepasangan elektrik, sistem elektrik dan berada dalam keadaan baik dan selamat.
4Pembantu Pembedahan PergigianU17TetapKampus Cawangan di Pandan Indah, Kuala LumpurBertanggungjawab dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.
BUTIRAN PERMOHONAN :


  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website http://www.usim.edu.my . Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988125/8114/8113.
Sumber: http://goo.gl/T0vLQr
Previous
Next Post »
Thanks for your comment