JAWATAN KOSONG POLIS DIRAJA MALAYSIA (RMP) 2015

Kerja Kosong Terkini Polis Diraja Malaysia 2015. Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,426 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu. Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Hala Tuju

Penekanan kepada struktur, prosedur & sistem bekerja; perolehan peralatan dengan penggunaan komputer; teknologi maklumat dan kaedah pengurusan terkini. Penekanan kepada perkhidmatan yang profesional, cekap, berkesan dan mesra.
Peningkatan Mutu Perkhidmatan Berlandaskan Sumber Manusia Yang Komited, Beretika Dan Terlatih 
Penekanan kepada:
  1. Skim latihan asas, pembangunan dan lanjuta
  2. Skim perkhidmatan yang boleh menarik dan mengekal sumber manusia yang berkaliber dan berkelulusan tinggi
  3. Skim kebajikan ke arah hidup yang mengutamakan kesihatan, nilai diri dan kesejahteraan kekeluargaan
Peningkatan jaringan kerjasama (networking) dengan lain-lain agensi kerajaan & bukan kerajaan, masyarakat tempatan (Community Policing) dan Pasukan Polis serantau dan antarabangsa dalam membendung dan mengatasi ancaman & masalah jenayah melalui kerjasama dua hala dan penglibatan dalam seminar-seminar berkaitan dengan perkembangan dalam bidang ilmu kepolisan.

Tugas

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-
  1. menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  2. memproses risikan keselamatan;
  3. menjalankan pendakwaan;
  4. memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  5. memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  6. melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  7. mempamerkan maklumat;
  8. melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  9. menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  10. memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  11. melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  12. menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  13. menjaga ketenteraman didalamnya dan
  14. mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.
Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Objektif

  1. Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ;
  2. Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber manusia ;
  3. Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ;
  4. Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima bagi menentukan kejayaan PDRM;
  5. Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan negara dan
  6. Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau ketenteraman awam.
kini Polis Diraja Malaysia RMP membuka kesempatan kerjaya seperti berikut ini : -

JAWATAN KOSONG TERKINI SUHANJAYA


 PASUKAN POLIS


Inspektor Gred YA 13

KLASIFIKASI:INSPEKTOR (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI / JAWATAN:YA 13
JADUAL GAJI:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 2,329.00RM 8,883.00RM 230.00
SYARAT LANTIKAN:Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor yang dikeluarkan melalui:
  1. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
  2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    2. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    4. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    6. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    8. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
    9. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13];
    10. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Kelayakan Fizikal:
    Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
    1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
    2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
    3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI)di antara julat 19 hingga 26;
    4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
    5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapanV/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
    6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

SARJAN GRED YA 5

KLASIFIKASI:SARJAN (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI / JAWATAN:YA 5
JADUAL GAJI:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 1,711.00RM 5,199.00RM150.00
SYARAT LANTIKAN:Skim Perkhidmatan bagi jawatan Sarjan  yang dikeluarkan melalui:
  1. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
  2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5]; dan
    2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    3. Kelayakan Fizikal: Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
      1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
      2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
      3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
      5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
      6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

KONSTABEL GRED YA 1

KLASIFIKASI:KONSTABEL (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI / JAWATAN:YA 1
JADUAL GAJI:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 1,014.00RM 3,517.00RM 100.00
SYARAT LANTIKAN:Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel  yang dikeluarkan melalui: 
  1. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
  2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1]; dan
    2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    3. Kelayakan Fizikal: Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
      1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
      2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
      3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
      5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapanV/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
      6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

KONSTABEL SOKONGAN GRED YT 1

KLASIFIKASI:KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI / JAWATAN:YT 1
JADUAL GAJI:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 852.00RM 2,408.00RM 85.00
SYARAT LANTIKAN:Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Sokongan yang dikeluarkan melalui:
  1. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
  2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1]; dan
    2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
    3. Kelayakan Fizikal: Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
      1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
      2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
      3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm(normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
      5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
      6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

KONSTABEL ORANG ASLI GRED YP 1

KLASIFIKASI:KONSTABEL (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI / JAWATAN:YP 1
JADUAL GAJI:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 966.00RM 2,663.00RM 85.00
SYARAT LANTIKAN:Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Orang Asli yang dikeluarkan melalui: 
  1. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
  2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1]; dan
    2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    3. Kelayakan Fizikal: Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
      1. Tinggi sekurang-kurangnya 157 sm (lelaki) dan 152 sm (wanita) tanpa bersepatu;
      2. Berat badan sekurang-kurang 47.6 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 46.2 kg;
      3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
      5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
      6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Demikianlah Kerja Kosong Terkini Polis Diraja Malaysia (RMP) 2015. Semoga Berfaedah. Sila Klik Pautan berikut: http://goo.gl/2sR4rg
Previous
Next Post »
Thanks for your comment