JAWATAN KOSONG TERBARU KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 28 OGOS 2015

Kerja Kosong terkini Kementrian Pendidikan Malaysia Tarikh Tutup 28 Ogos 2015. Iklan Kerjaya terkini datang dari Kementrian Pendidikan Malaysia yang dibuka hingga 28 Ogos 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
  1. melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  3. menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  4. memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Menteri I Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri II Dato' Seri Idris Jusoh.


JAWATAN KOSONG TERBARU KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 28 OGOS 2015

KEKOSONGAN JAWATAN
PENOLONG PENGARAH DG41/42/44 (KUP)
BAHAGIAN BUKU TEKS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia :
a) Penolong Pengarah (Bidang Sains)

SYARAT KELAYAKAN UMUM

Calon hendaklah mengisi kelayakan seperti berikut
  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42/44(KUP) yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan
  3. Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
  4. Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi tahunan yang baik untuk (3) tahun terakhir.
  5. Mahir menggunakan perisian Microsoft Office ( Word, Excel,Powerpoint) 

SYARAT KELAYAKAN KHUSUS

  1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Sains.
  2. Pengalaman mengajar Sains Tambahan sekolah menengah adalah satu kelebihan.
  3. Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran sains sekurang-kurangnya selama 5 Tahun .

CARA PERMOHONAN

  1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang dimuat turun melalui laman sesawang : www.moe.gov.my.
  2. Borang permohonan hendaklah melalui Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” Perkara 21.
  3. Borang permohonan hendaklah disertakan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang telah disahkan.
  4. Salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.
  5. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diterima.
  6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Ogos 2015 (Jumaat)
Semua permohonan yang telah lengkap dihantar kepada :
PENGARAH
BAHAGIAN BUKU TEKS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK E15
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

MUAT TURUN PERMOHONAN 

CATATAN:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan berkaitan temudugaadalah dibawah tanggungan sendiri. 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment