JAWATAN KOSONG TERKINI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) TARIKH TUTUP 23 OGOS 2015

Kerja Kosong Terkini Lembaga Kejora Tarikh tutup 23 Ogos 2015. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau ringkasnya KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%). KEJORA diamanahkan untuk memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan sosioekonomi wilayahnya telah menyaksikan perubahan dan pertumbuhan yang menepati dasar dan perancangan bagi :

  1. Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi
  2. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan;
  3. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayah KEJORA
Dengan menggembleng tenaga dan sumber secara proaktif bagi mentransformasi sebuah daerah pinggiran menjadi wilayah yang mapan.

Kali ini Lembaga Kejora Mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah.

JAWATAN KOSONG TERKINI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) TARIKH TUTUP 23 OGOS 2015 

Nama Jawatan :Juruukur Bahan (1 kekosongan) J41
Jadwal Gaji :RM 2360.00- RM 8743.00

SYARAT LANTIKAN JURUUKUR BAHAN GRED J41 (KONTRAK)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hanya boleh dibuat melalui Laman Web KEJORA di alamat www.kejora.gov.my iaitu pada pautan e-Perjawatan atau di alamat http;//eperjawatan.kejora.gov.my
  2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah membawa surat sokongan Ketua Jabatan masing masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini semasa menghadiri temuduga
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Ogos 2015
  4. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  5. Hanya Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Ditemuduga.
  6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.
  7. Sila berhubung dengan En Mus-Irwan bin Hj. Misroom atau Puan Hairunnisa binti Adam, untuk sebarang pertanyaan ditalian 07-8843000
MUAT TURUN BORANG  

Previous
Next Post »
Thanks for your comment