JAWATAN KOSONG TERKINI PERKESO TARIKH TUTUP 14 SEPTEMBER 2015

Kerja Kosong Terkini Perkeso Tarikh Tutup 14 September 2015. Maklumat Kerjaya Sektor Kerjaan datang dari Perkeso . Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia, berperanan untuk melaksana dan mentadbir skim-skim keselamatan sosial melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah Badan Berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Visi

Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang tahun 2020.

Misi

Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.

Objektif

Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

DASAR PERKESO

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mengintegrasikannya di dalam aktiviti harian pengurusan. Pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif akan memastikan budaya kerja yang selamat dan sihat bagi semua anggota, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan PERKESO.

DASAR KESELAMATAN ICT

Dasar Keselamatan ICT PERKESO mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi PERKESO. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di PERKESO dan pihak ketiga yang mempunyai keperluan capaian kepada aset ICT mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT PERKESO.

DASAR KUALITI PERKESO

PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan.


kini Perkeso Membuka Kesempatan kerjaya terkini dengan banyak kekosongan seperti berikut ini :

JAWATAN KOSONG TERKINI PERKESO TARIKH TUTUP 14 SEPTEMBER 2015 

KETUA PEGAWAI PELABURAN GRED 29 (CHIEF  INVESTMENT OFFICER)

JAWATAN:KETUA PEGAWAI PELABURAN GRED 29 (CHIEF  INVESTMENT OFFICER)
TARAF JAWATAN:KONTRAK
KUMP. PERKHIDMATAN:EKSEKUTIF
GAJI:LINGKUNGAN RM16,700.00 –  RM27,900.00 (TERTAKLUK KEPADA GAJI SEMASA DENGAN PERAKUAN LEMBAGA PERKESO)
KEKOSONGAN:1 KEKOSONGAN
TEMPAT:BAHAGIAN PELABURAN

KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memilki Ijazah dalam bidang Kewangan / Perakaunan / Perbankan / Pelaburan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam industri pengurusan dana (fund management industry) iaitu 10 tahun dalam pendapatan tetap (fixed income) dan 5 tahun dalam ekuiti;
  4. Keutamaan diberikan kepada calon yang sedang bertugas di peringkat pengurusan serta pengalaman di dalam bidang pelaburan dan pengurusan porfolio, atau kewangan syarikat dan pasaran modal;
  5. Memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai pasaran ekonomi global, serantau dan Malaysia serta peraturan dan garis panduan terkini dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Kuala Lumpur;
  6. Memiliki kemahiran analitikal dan kuantitatif yang tinggi;
  7. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  8. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris; dan
  9. Mempunyai ciri-ciri personaliti yang mesra serta boleh bekerja secara berpasukan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Bertanggungjawab menasihatkan Ketua Eksekutif dan Panel Pelaburan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan selaras dengan garis panduan, polisi risiko dan alokasi aset;
  2. Merangka strategi pelaburan jangka pendek dan jangka panjang bagi mencapai pulangan yang mampan dan berdaya saing kepada dana Pertubuhan menerusi penetapan Petunjuk Presrasi Utama (Key Performance Indicator - KPI) dan Balance Scorecard;
  3. Bertanggungjawab dalam memantau dan menganalisa kedudukan tren aliran ekonomi dan pasaran dalam menentukan tahap risiko dalam sesuatu pelaburan;
  4. Memimpin dan menerajui pembaharuan/inovasi Bahagian/Organisasi khususnya berkaitan penilaian semula strategi dan aktiviti pelaburan dari segi risiko dan peluang yang ada untuk meningkatkan kebolehupayaan dana; dan
  5. Merancang dan menggubal dasar serta pembangunan sumber manusia di Bahagian/Organisasi.

MUAT TURUN DAN SYARAT KELAYAKAN SILA KUNJUNGI PAUTAN BERIKUT :http://goo.gl/AJzyGP

Sumber:http://goo.gl/AJzyGP
Previous
Next Post »
Thanks for your comment