JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU TARIKH TUTUP 23 NOVEMBER 2015

Kerja Kosong Terkini UMTIklan Jawatan Kosong Terkini datang dari Sektor Pendidikan yaitu Universiti Malaysia Terengganu. Dimana Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. 
Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001. Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM. 
Bermula pada 1 Februari 2007 bersamaan 13 Muharam 1428 H, tercipta satu lagi sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam usaha mengukuhkan kedudukan IPTA Negara, enam buah Kolej Universiti telah melalui penjenamaan semula kolej-kolej universiti. Kini KUSTEM di kenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

VISI

Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegani Diperingkat Global

MISI

Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam.
Kini UMT membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini:

JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU TARIKH TUTUP 23 NOVEMBER 2015

Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan (W)
Gred Gaji : W17
Taraf Jawatan: Kontrak

KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
  3. tutup iklan jawatan;
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  5. dan
  6. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  7. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  8. sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  9. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan

CARA MEMOHON

1. SIla Klik Pautan berikut: Kerjaya UMT 
2. Pilih Jawatan (ceklis)
3.Hantar Permohonan

Demikian maklumat Kerjaya terkini semoga berfaedah.
Sumber: Kerja Kosong Terkini UMT 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment