JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITAS PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SEPTEMBER 2015


Kerja Kosong Terkini UPSI September 2015. Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.


Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".

Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah Ngah Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru sempena sultan Perak pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Namanya sempena nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916.

Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.

Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru untuk sekolah-sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat digunakan sebagai tenaga pekerja mereka. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari segenap pelosok Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya, sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.

Kurikulum yang diajarkan di SITC adalah berkenaan dengan pertanian asas dan pekerjaan tangan. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran adalah selama 45 minit dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu geometri, ilmu alam, bahasa, tawaraikh dan hikayat, ilmu tanaman, kaedah mengajar, ilmu kesihatan, lukisan, tulisan, anyaman bakul, pengetahuan am dan agama.

JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITAS PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SEPTEMBER 2015

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai.
  1. Pemohonan dibuka          :   30 Ogos 2015
  2. Tarikh tutup permohonan :  13 September 2015
    - PEGAWAI TADBIR N41-Tetap
    - JURUTEKNIK KOMPUTER FT17-Tetap
    - PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17-Tetap 

PANDUAN PERMOHONAN

Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini. Klik pautan tersebut untuk memohon: http://myjobs.upsi.edu.my/
  1. Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula/mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  2. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.
  3. Bagi permohonan jawatan bukan akademik,setelah borang online lengkap diisi: - Cetak CV lengkap dan lekatkan gambar. - Lampirkan salinan-salinan keputusan SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sijil-sijil Kokurkulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan). Poskan ke alamat tertulis di bawah.
  4. Bagi permohonan jawatan akademik hendaklah mengambil tindakan berikut :  Mencetak CV dan melengkapkan gambar; Melampirkan salinan sijil akademik, transkrip dan skrol; Melampirkan salinan-salinan penerbitan ;
  5. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga/perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
  6. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

TATA CARA PERMOHONAN


Sila hantarkan permohonan ke:
Unit Perjawatan 
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

     
Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6338 ( Pn. Murni) atau emel     myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan. 
Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklahdianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP 17 OGOS 2015
Sumber: http://goo.gl/5Ml9q9
Previous
Next Post »
Thanks for your comment