JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS AMANAH RAKYAT TARIKH TUTUP 31 SEPTEMBER 2015

Kerja Kosong Terkini MARA Tarikh tutup 31 September 2015. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:
  1. Ibu Pejabat
  2. Pejabat MARA Negeri
  3. Pejabat MARA Daerah
  4. MRSM
  5. Kolej MARA
  6. GIATMARA
  7. IKM
  8. Institut Kemahiran Tertinggi MARA
  9. Kolej Poly-Tech MARA
  10. Kenderaan Bas MARA
  11. Pejabat MARA Luar Negara
  12. Kolej Profesional MARA

VISI KORPORAT

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa

MISI KORPORAT

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera


Kini MARA memberikan Kekosongan Jawatan terkini dengan kedudukan seperti berikut ini : -

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

KELAYAKAN DAN PENGALAMAN

  1. Mempunyai Kelayakan Minima Ijazah Sarjana Muda dari Institusi yang diiktiraf. Calon yang mempunyai kelayakan Sarjana dalam bidang Business/Marketing/Finance/Accounting atau berkaitan diutamakan.
  2. Mempunyai Pengalaman kerja minima 10 Tahun dalam bidang pemasaran
  3. Had Umur tidak melebihi 50 Tahun
  4. Calon yang mempunyai daya pemikiran strategik, kemahiran komunikasi yang baik, nilai kepemimpinan, keupayaan membuat keputusan, proaktif, mempunyai ciri-ciri keusahawanan, dan nilai integriti yang tinggi digalakkan untuk memohon.

CARA MEMOHON 

Sila lampirkan resume /CV lengkap beserta monor telefon, alamat emel, gambar berukuran passport dan gaji yang dimohon ke alamat dibawah ini :
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Glocal Link (M) Sdn. Bhd.
A2-2-01 Solaris Dutamas
No.1 Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62110735

Alamat Emel:
zahid.glsb@gmail.com
nordin.glsb@gmail.com


MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG
Previous
Next Post »
Thanks for your comment