JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN MPD TARIKH TUTUP 31 DISEMBER 2015

Kerja Kosong Terkini Majlis Perbadaran Dungun MPD. Iklan Jawatan Kosong Terkini Datang dari Sktor Kerajaan yaitu dari MPD dimana MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

 Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu. Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.

Misi

Menjadikan MPD sebuah Pihak berkuasa tempatan yang berupaya meningkatkan pertumbuhan perbandaran ke arah keselesaan dan kesempurnaan kehidupan warga Dungun

Visi

Ke arah melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan perbandaran yang cekap, cemerlang dan dinamik
Kini MPD membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut:-

JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN MPD TARIKH TUTUP 31 DISEMBER 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisikekosongan jawatan berikut :
  1. Pegawai Penguatkuasa N41
  2. Akauntan W41
  3. Pegawai Teknologi Maklumat F41
  4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
  5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  6. Penolong Arkitek Landskap JA29
  7. Juruteknik Komputer FT17
  8. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
  9. Pemandu Kenderaan H11
  10. Penghantar Notis 11

MUAT TURUN KELAYAKAN 

CARA MEMOHON

1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD.TR.1/2015 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web http://mpd.terengganu.gov.my.
2. Setiap permohonan hendaklah menyertakan bayaran/fee memproses sebanyak RM 5.00 dalam bentuk wang pos/bank draf atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN. Bayaran tunai boleh dibuat dikaunter hasil dan dikepilkan salinan resit ketika mengemukakan borang permohonan.
3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :
  1. Gambar berukuran ’passport’ (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
  2. Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
  4. Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan
  5. Salinan dokumen kelayakan akademik berkaitan yang disahkan
  6. Pegawai sedang Berkhidmat hendaklah disertakan Laporan ’ SULIT’.
  7. Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU.

Permohonan yang ditolak jika :

  1. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan.
  2. Tidak mengemukakan salinan kelayakan akademik yang berkaitan iaitu (ijazah,diploma,sijil)sebagaimana syarat lantikan.
  3. Tidak lengkap atau tidak terang.
  4. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi pegawai sedang berkhidmat)
  5. Tidak ditandatangani
Taraf Jawatan : Tetap
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2015 (Khamis)

Maklumat detail sila kunjungi pautan berikut:-
http://goo.gl/9gl3uE  
Previous
Next Post »
Thanks for your comment