JAWATAN KOSONG TERKINI MPAG TARIKH TUTUP 30 NOVEMBER 2015

Kerja Kosong Terkini Majlis Perbadanan Alor Gajah . Iklan Jawatan Kosong Terkini datang dari Sektor Kerajaan iaitu dari MPAG. Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kerajaan tempatan yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah.
Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978. Penyusunan semula ini meliputi seluruh daerah Alor Gajah. Seterusnya Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. Majlis Perbandaran Alor Gajah kini adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk di daerah Alor Gajah dengan :

  1. Memperbaiki dan menaikkan taraf kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan secara am.
  2. Menggalakkan penglibatan penduduk dan sektor swasta dalam program pembangunan Perbandaran.
  3. Mengorientasikan Majlis Perbandaran Alor Gajah ke arah kecemerlangan melalui budaya kerja yang cemerlang.
  4. Menguruskan sumber-sumber ekonomi dengan efisyen dan memastikan arah serta trend pembangunan selaras dengan matlamat negeri dan polisi-polisi negara.
Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Kini Majlis Perbandanaan Alor Gajah membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut :

JAWATAN KOSONG TERKINI MPAG 

TARIKH TUTUP 30 NOVEMBER 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut :-
  1. PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N41
  2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W32
  3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N27

CARA-CARA MEMOHON :

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
  3. Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainktiraf.asp dan melampirkannya bersama borang permohonan.
  4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
  5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke pejabat Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
TARIKH IKLAN DITUTUP : 30 NOVEMBER 2015 (ISNIN)

MUAT TURUN SYARAT PERMOHONAN 
Sumber: http://www.mpag.gov.my/ 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment