JAWATAN KOSONG PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR SEPTEMBER 2015

klan Kerja kosong Terkini Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Tarikh Tutup 07 September 2015Iklan Kerjaya Terkini datang dari Sektor Kerajaan yaitu PPPNS, Sejarah penubuhan PPPNS bermula pada tahun 1969 berasaskan kepada idea Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ianya mendapat persetujuan dari pihak Agensi Pusat iaitu Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta direstui oleh semua YAB Menteri Besar/Ketua Menteri pada ketika itu.Pada masa itu, ia dikenali dengan nama Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara Dan Luar Bandar (KPNLB). Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Dan Penilaian (Implementation, Coordination and Evaluation Unit – ICEU) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan PKN diletakkan di bawah Unit ini. Unit ini kemudiannya telah dikenali sebagai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP).

Walau bagaimanapun, nama Pejabat Kemajuan Negeri telah dipinda kepada Pejabat Pembangunan Negeri pada tahun 1997 selaras dengan peranan yang dimainkan iaitu memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri.

Visi

Agensi Pusat Yang Unggul Dalam Penyelarasan Dan Pemantauan Pembangunan Negara

Misi

Agensi Pusat Yang Memacu Pembangunan Negara Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Perlaksanaan Dan Penilaian Dasar, Program dan Projek Dengan Mengamalkan Tadbir Urus Yang Baik Dan Budaya Kerja Yang Kreatif, Inovatif Dan Berintegriti.
Kini membuka kekosongan jawatan dengan beberapa kedudukan seperti berikut ini :

JAWATAN KOSONG PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR SEPTEMBER 2015

Jawatan : Juruteknik (J17) Contract For Service
Bil. Kekosongan : 4 Kekosongan di Pejabat Kemajuan Zon
Zon Gombak & Hulu Selangor (2 Kekosongan)
Zon Sabak Bernam & Kuala Selangor (2 Kekosongan)

Syarat Lantikan : 

  1. Minimum kelayakan Sijil Dalam Bidang Kejuruteraan Awam sahaja.
  2. Mempunyai lesen memandu yang sah
  3. Tempoh Kontrak : Satu Tahun (1)
  4. Warganegara : Malaysia
  5. Lampiran : a) Resume (beserta 1 keping gambar berukuran passport), b) Salinan Kad Pengenalan c) Sijil-Sijil Berkenaan (Semua salinan sijil hendaklah DIAKUI SAH)
  6. Calon-calon yang berminat sila kemukakan Resume yang lengkap beserta gambar sebelum 
  7. atau selewat-lewatnya pada 7 September 2015 (Isnin).
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi
Puan Mazuin binti Tayep
Di Talian 03-5521 3600 Samb. 3666
Emel: ptsel@sel.icu.gov.my / shukri.supaat@sel.icu.gov.my /
khairudin.yunus@sel.icu.gov.my

KEMUDAHAN

  1. Cuti Rehat 12 hari setahun
  2. Cuti Sakit 10 hari setahun (Sijil Cuti Sakit disertakan)
  3. Kemudahan Telefon Kos panggilan rasmi hendaklah dibuat secara tuntutan bayaran balik
  4. (Kemudahan Perubatan a) Kemudahan rawatan perubatan dan  pergigian di hospital/klinik kerajaan untuk diri pegawai sahaja; Kelayakan wad mengikut Gred: J17 -Wad Kelas 2
  5. Pegawai tidak layak mendapat rawatan perubatan di hospital/ klinik swasta, Institut Jantung Negara, rawatan perubatan di luar Negara dan alat perubatan selain daripada yang dibekalkan oleh hospital / klinikkerajaan.
  6. Elaun Makan Semasa Bertugas Rasmi di Luar Dan Dalam Negeri Berdasarkan kelayakan anggota Perkhidmatan Awam mengikut gred di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2003-Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran kepada Pegawai Perkhidmatan Awam kerana Menjalankan Tugas Rasmi.
  7. Bayaran Sewa Hotel Semasa Bertugas Rasmi di Luar Dan Dalam Negeri
  8. Elaun Perjalanan Kenderaan, Tambang Pengangkutan Awam dan Kelayakan Perjalanan Kapal Terbang

CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dikemukakan beserta resume, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada sebelum atau pada 7 September 2015 (Isnin) menerusi emel kepada:
ptsel@sel.icu.gov.my
shukri.supaat@sel.icu.gov.my
khairudin.yunus@sel.icu.gov.my
Previous
Next Post »
Thanks for your comment