JAWATAN KOSONG TERKINI MBSA TARIKH TUTUP 14 MAC 2016

Kerja Kosong Terkini Majlis Bandaraya Shah AlamIklan jawatan kosong terbaru datang dari Sektor Kerajaan iaitu MBSA, dimana Kepesatan pembangunan Shah Alam semakin pesat dari sehari ke sehari lebih – lebih lagi  setelah dinaik tarafkan  sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000.  Shah Alam ditadb​ir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA). Sebagai pentadbir ibu negeri Selangor maju, MBSA berusaha untuk mewujudkan  pembangunan perbandaran yang  seimbang dari segi sosial, alam sekitar dan ekonomi bagi kesejahteraan warganya. MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti perancangan, pembangunan, penyediaan kemudahan asas intrastruktur, pembersihan, kesihatan awam, tanah perkuburan, keindahan landskap, keceriaan bandar raya dan pelbagai lagi.

Tugas MBSA:

  1. Turut meliputi pembangunan insaniah dengan menganjurkan program –program kemasyarakatan berlandaskan konsep mesra rakyat untuk semua lapisan masyarakat.
  2. Menyalurkan bantuan kemiskinan, bencana alam, membanteras gejala sosial serta membantu golongan ibu tunggal dan warga emas.

VISI

Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya yang berkualiti, sejahtera, kondusif, dan terunggul.

MISI

Meningkatkan tadbir urus MBSA sebagai organisasi yang efisien, efektif, kompeten, dinamis dan terus cemerlang.
Kini MBSA membuka kekosongan seperti berikut ini :-

JAWATAN KOSONG TERKINI MBSA TARIKH TUTUP 14 MAC 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. 

SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN

  1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan 
  3. Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod
  4. Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini; 
  5. Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan; 
  6. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
  7.  Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
  8. Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas 
    sampul surat; 
  9. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah
    dianggap tidak berjaya. 

CARA PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga
RM3.20 tunai/naskah. 
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam 
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor 

Tarikh iklan dikeluarkan :  01.03.2016 
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 14.03.2016

MUAT TURUN PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN
Previous
Next Post »
Thanks for your comment