JAWATAN KOSONG KERAJAAN SPN TERENGGANU TARIKH TUTUP 31 MAC 2016


Kerja Kosong terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri TerengganuMaklumat Kerja Kosong Terkini datang dari Sektor Kerajaan iaitu SPN Terengganu. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai:

  1. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  2. Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  3. Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.
  4. Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Kini Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut ini:-

JAWATAN KOSONG KERAJAAN SPN TERENGGANU TARIKH TUTUP 31 MAC 2016

DG41- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

KELAYAKAN

  1. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,018.52); atau
  3. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,222.94); atau
  4. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,222.94); atau
  5. ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,733.98); atau
  6. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM3,040.60)
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
Selain jawatan Kosong diatas juga terdapat senarai jawatan kosong terkini seperti berikut ini:
  1. N41- PEGAWAI TADBIR
  2. JA29- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
  3. S27- PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT 

SYARAT MEMOHON KERJAYA

  1. Permohonan jawatan hanya boleh dibuat jika ada iklan jawatan.
  2. Iklan jawatan boleh disemak melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu.
  3. Permohonan jawatan hanya diterima sebelum tarikh tutup iklan jawatan tersebut.
  4. Hanya borang yang lengkap sahaja diterima untuk diproses.
  5. Pemohon yang berjaya proses tapisan akan dipanggil temuduga melalui surat. Pastikan alamat adalah betul.
  6. Pemohon juga boleh menyemak senarai calon yang berjaya untuk dipanggil temuduga di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. 

CARA MEMOHON KERJA KOSONG SPN TERENGGANU


Sila Muat Turun Panduan mengisi Borang Permohonan disini 

Demikian Maklumat kerja kosong Terkini semoga berfaedah. Untuk info lengkap maklumat kerja kosong terkini sila kunjungi pautan ini 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment