JAWATAN KOSONG TERKINI UUM TARIKH TUTUP 16 FEBRUARI 2016

Kerja Kosong Terkini Kerajaan Universiti Utara MalaysiaIklan jawatan Kosong terkini datang dari Sektor kerajaan tepatnya dibidang Pendidikan iaitu UUM. Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.


Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan “Projek Universiti Keenam”, di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam yang diberi nama Universiti Utara Malaysia ini dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke kampusnya yang pertama – Kampus Darul Aman di Jitra – pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan bagi menyambut ketibaan sekumpulan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984. Kampus tersebut didirikan di atas satu kawasan seluas 62 ekar di Bandar Darulaman, iaitu 18 km ke Utara Alor Setar dan 4.8 km dari Jitra.(rujukan:http://www.uum.edu.my/index.php/ms/visitor/the-university/about-uum)
Kini Universiti utara malaysia membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut ini:-

JAWATAN KOSONG TERKINI UUM TARIKH TUTUP 16 FEBRUARI 2016

PEMANDU KENDERAAN (UUMKL) GRED H11

Syarat Lantikan :

1. Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
2. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; DAN
3. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; DAN 
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
  • Lesen D RM896.15
  • Lesen E/E1/E2 RM942.30
  • Lesen F/H RM988.45
  • Lesen G/I RM1,034.60      
4. Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Taraf Jawatan :  Kontrak

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas : Umum

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Nota: 

Keutamaan diberikan kepada calon yang menetap di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

CARA MEMOHON



  1. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/
  2. Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.
  3. Tarikh tutup: 16 Februari 2016 (Selasa)   

CATATAN TAMBAHAN

  1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.
  2. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
  3. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Tel     :       04-928 3114/3113
Faks   :      04-928 3120
Demikian maklumat kerja kosong terkini Kerajaan semoga berfaedah.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment