JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 09 FEBRUARI 2016


Kerja Kosong Terkini UKM. Iklan Kerjaya Terkini dan terbaru datang dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau HUKM merupakan hospital pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang memberikan perkhidmatan rawatan secondary dan tertiary dan merupakan pusat rujukan dari seluruh negara. Hospital ini menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan yang terkini dan berupaya memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik. Ia terletak di Cheras. HUKM bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan kesihatan kepada penduduk di Daerah Hulu Langat dan kawasan liputannya. HUKM akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran dan perundingan melalui pensyarah-pensyarah dan doktor-doktor pascasiswazah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Perubatan Keluarga (JKP). Semua perkhidmatan di hospital ini akan disalurkan ke sistem komputer berpusat. Setiap jabatan di hospital ini boleh berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan komputer. Dengan ini segala urusan dapat dilaksanakan dengan cekap. Sistem komputer berpusat ini juga membolehkan segala maklumat terkini tentang pesakit disalurkan ke setiap jabatan dengan cepat.

HUKM menjadi hospital pertama di Malaysia menggunakan Sistem Case-mix. Sistem Case-mix adalah suatu sistem pengelasan penyakit yang menggabungkan jenis penyakit yang dirawat di sesebuah hospital dengan kos rawatan yang terlibat. Sistem ini mengumpulkan episod-episod rawatan yang sama seperti rawatan akut, pembedahan harian dan lain-lain lagi kepada kumpulan klasifikasi yang lebih bermakna dan berfaedah. Khidmat rundingan juga boleh didapati melalui teleperubatan yang membolehkan pakar-pakar perubatan di seluruh negara mendapatkan nasihat dan pandangan pakar-pakar perubatan HUKM.

HUKM mempunyai hubungan yang erat dengan hospital- hospital lain di seluruh dunia. Sebagai contoh, pakar-pakar Obstetrik dan Ginekologi, Neurosurgeri, Endokrinologi dan Ortopedik di hospital ini sentiasa mengadakan hubungan kerja dengan pakar-pakar dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan sebagainya. Tiap-tiap jabatan pula, sentiasa menjemput profesor-profesor dari luar sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ini adalah satu daripada cara untuk menentukan pencapaian prestasi yang tinggi dalam semua bidang.
UKM telah berjaya melatih dan mengeluarkan lebih 3,000 doktor perubatan dan 1,200 pakar dalam pelbagai bidang yang kini bertugas di seluruh negara. Beberapa orang pakar keluaran UKM telah dilantik sebagai profesor pakarunding kanan bukan sahaja di universiti ini malah di universiti dan hospital lain. Hospital ini juga mampu melahirkan pakar-pakar yang berkaliber di bidang sub kepakaran seperti Hematologi dan Kardiologi. Kelengkapan peralatan yang serba moden dan canggih membolehkan pakar-pakar tersebut berkhidmat dengan cekap dan berkesan.

HUKM mempunyai kekuatan dan kecemerlangan yang tersendiri dalam bidang-bidang Psikiatri, Pediatrik, Neurologi, Neurosurgeri, Neonatologi, Nefrologi, Hematologi, Ginekologi, Endokrinologi, pembedahan spinal dan sebagainya. Hal ini membolehkan rakyat Malaysia tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk tujuan perubatan di luar negara kerana perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan jika mereka mendapat rawatan di HUKM. Hasil rawatan yang bakal diterima tidak kurang hebatnya.

Selain memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit dalam, HUKM juga telah memperkenalkan dan mempelopori konsep perkhidmatan rawatan harian di mana pesakit-pesakit akan diberikan rawatan dan pembedahan tanpa perlu dimasukkan ke dalam wad. Konsep ini adalah lebih cekap dan kos-efektif. Perkhidmatan-perkhidmatan rawatan harian tersebut ialah Rawatan Bedah Harian, Onkologi, Hematologi, Hemodialisis, Endoskopi, Ginekologi dan Psikiatri.

HUKM juga telah mencatat sejarah sebagai institusi perubatan pertama mempunyai Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) yang serba moden untuk kemudahan kanak-kanak istimewa. Pusat ini menjadi pusat sumber dan rujukan selain menjadi pilihan untuk mendapatkan rawatan, latihan serta pendedahan mengenai perkembangan kanak-kanak istimewa.
Sumber: wikipedia

Kali ini UKM membuka Iklan Jawatan Kosong seperti berikut ini :

JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 09 FEBRUARI 2016

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan tajaan sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). ukm menjemput anda warganegara Malaysia,  yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
JAWATAN LANTIKAN BARU 
PENGURUSAN & PROFESSIONAL DAN PELAKSANA
BILJAWATANTARIKH TUTUPMAKLUMAT
1.JURUTEKNIK KOMPUTER FT1709/02/2016 
2.JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U2909/02/2016 
3.PEGAWAI PERUBATAN UD4309/02/2016 
4.PEGAWAI PERUBATAN UD4709/02/2016 
5.PEMBANTU AWAM H1109/02/2016 
6.PEMBANTU KEMAHIRAN H1709/02/2016 
7.PEMBANTU KESIHATAN AWAM U1709/02/2016 
8.PEMBANTU MAKMAL C1709/02/2016 
9.PEMBANTU OPERASI N1109/02/2016 
10.PEMBANTU PENERBITAN N1709/02/2016 
11.PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U1109/02/2016 
12.PEMBANTU PERPUSTAKAAN S1709/02/2016 
13.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N1709/02/2016 
14.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W1709/02/2016Kakitangan UKM Sahaja
15.PEMBANTU TADBIR (P/O) N1709/02/2016 
16.PENGAWAL KESELAMATAN KP1109/02/2016 
17.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J1709/02/2016 
18.PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA2909/02/2016 
19.PENOLONG JURUTERA JA2909/02/2016 
20.PENOLONG JURUTERA JA2909/02/2016 
21.PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA2909/02/2016 
22.PENOLONG PEGAWAI SAINS C2709/02/2016 
23.PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA2909/02/2016 
24.PENYELIA ASRAMA N1709/02/2016

  
Sumber Rujukan: Kerjaya UKM
Previous
Next Post »
Thanks for your comment