JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH 28 APRIL 2016

Kerja kosong terbaru Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Kini KETENGAH membuka kekosongan Jawatan terkini seperti berikut ini:-

KERJA KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH 28 APRIL 2016

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.
  • PEGAWAI TADBIR N41
  • PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27
  • PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
  • PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (10 KEKOSONGAN)
  • PEMANDU KENDERAAN H11
  • PENGAWAL KESELAMATAN KP11

CARA MEMOHON


  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.
  • Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.
  • Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;  Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan; Borang tidak lengkap atau tidak terang; Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan; Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat ; dan Tidak ditandatangani.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:-
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan)
sebelum atau pada 28 April 2016.

CATATAN AM

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN 
Demikian maklumat kerjaya terkini sektor Kerajaan Semoga berfaedah.amin
Rujukan 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment