Kerja Kosong Terkini Kerajaan Inststitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM). Iklan jawatan kosong terkini datang dari sektor Kerajaan iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.
Sejak tahun 2003, kedua-dua FRIM dan MFRDB telah dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di perbandaran Kepong, kira-kira 16 km barat laut dari Kuala Lumpur. FRIM yang diterajui Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah semenjak tahun 2008 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Disember 2007. FRIM kemudiannya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012.
Kini IPP Malaysia mempelawa warganegara Malaysia dengan membuka kekosongan jawatan terkiniseperti berikut:-
JAWATAN KOSONG KERAJAAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 29 JANUARI 2016
PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
PENEMPATAN: Bahagian Kewangan
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JADUAL GAJI: RM 1,367.00 (Minimum) – RM 5,098.00 (Maksimum)
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JADUAL GAJI: RM 1,367.00 (Minimum) – RM 5,098.00 (Maksimum)
SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti ikut:-
- Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan (Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : RM1,667.08); atau
- Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : RM1,892.68);
- dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malay
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan atau Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas;
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan; dan
- Telah disahkan dalam perkhidmatan.
PENGAMALAN BEKERJA
Berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam pengurusan kewangan adalah diutamakan (pengurusan kewangan sepenuh masa -urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran dan akaun).
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM (http://www.frim.gov.my/general-public/career-opportunities/) akan diproses.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 Januari 2015 (Jumaat)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 Januari 2015 (Jumaat)
Demikian Maklumat Iklan Kerjaya terkini semoga berfaedah.
ConversionConversion EmoticonEmoticon