Kerja Kosong Terkini SPN Kelantan Tarikh tutup 22 Julai 2015. Maklumat Kerjaya terkini datang dari Sektor Kerajaan yaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.
Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.
Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.

FUNGSI
Fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan di bawah Perkara 61 Fasal 9 Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri kelantan adalah meliputi perkara-perkara berikut:
- Pelantikan
- Pengesahan dalam perkhidmatan
- Pertukaran
- Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
- Pelanjutan tempoh percubaan
- Persidangan
- Mengubah matagaji masuk berkhidmat
- Rayuan kenaikan pangkat/tatatertib
MISI
Melantik penjawat awam bagi perkhidmatan Negeri Kelantan dengan cara teratur dan memastikan hanya calon-calon yang berkelulusan, berkelayakan, berkebolehan dan berkeupayaan menjalankan tugas dengan rajin, jujur, amanah, dedikasi dan komited berasaskan kepada pertimbangan yang adil dan saksama sesuai dengan pembangunan Negeri.
Menentukan segala urusan mengenai perkhidmatan Negeri berjalan dengan cepat dan kemas menerusi peraturan dan pertimbangan yang adil dan bijaksana.
Menentukan segala urusan mengenai perkhidmatan Negeri berjalan dengan cepat dan kemas menerusi peraturan dan pertimbangan yang adil dan bijaksana.
VISI
Menjadi agensi peneraju dalam melantik anggota/penjawat awam yang cemerlang.
Kini Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan membuka kekosongan Jawatan seperti berikut :
Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan, dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:
SYARAT KELAYAKAN SILA MUAT TURUN DISINI
- PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
- PELUKIS PELAN GRED JA17 (JAWATAN TETAP)
- PEMBANTU PERIKANAN GRED G17
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11
- PEMBANTU OPERASI GRED N11
SYARAT KELAYAKAN SILA MUAT TURUN DISINI
CARA MEMOHON:
- Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan ini http://putra6.spa.gov.my/spa8new
CATATAN AM :
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Semakan Melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada surat akan dihantar.
UMUR
- Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian : 09-7485089. (Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)
Sumber: http://www.spn.kelantan.gov.my
ConversionConversion EmoticonEmoticon